Description
SEJAK zaman-berzaman, konsep tanaman dalam pasu atau ‘container gardening’ ini telah lama dipraktikkan. Peredaran masa sahaja yang membezakan kreativiti dan bahan yang digunakan.
Jika pada era 60- an, tanaman hiasan berpasu banyak ditanam di dalam bekas terbuang, pada masa kini pula lebih banyak pilihan pasu atau bekas-bekas pelbagai jenis yang dijual di pasaran.
Namun begitu, objektif utama tetap sama iaitu bertujuan mengindahkan lagi persekitaran kediaman.
Buku ini menggabungkan ilmu mengenai asas seni taman, idea kreatif DIY dan tip pameran menggunakan tanaman hiasan yang sesuai ditanam dalam pelbagai pasu dan bekas tanaman seperti kekotak dan ‘planter’ yang cantik.