Description
Variasi Kebaya Kontemporari Seniwati Melayu karya terbaru Salikin Sidek menampilkan Konsep buku mengenai busana kebaya yang berinspirasi pakaian seniwati Melayu seperti Saloma, Salamiah Hassan, Mariani, Siti Saleha dan Hania Hanem.
Variasi Kebaya Kontemporari Seniwati Melayu karya terbaru Salikin Sidek menampilkan Konsep buku mengenai busana kebaya yang berinspirasi pakaian seniwati Melayu seperti Saloma, Salamiah Hassan, Mariani, Siti Saleha dan Hania Hanem. Ilham kebaya pendek ala Saloma menjado sumber ilham untuk Salikin Sidek menghasilkan kebaya kontemporari. Setiap perincian yang dihasilkan untuk menghasilkan kebaya, diterangkan dengan jelas dan senang untuk difahami. Buku ini juga dilengkapi dengan ilustrasi, pola ukuran, cara mengukur dan lain-lain. Di samping terdapat pelbagai rekaan kebaya terkini mengikut peredaran masa kini yang boleh dijadikan rujukan.