Description
VARIASI CUPCAKES tampil bergaya dengan 18 resipi kek yang sesuai untuk dijadikan cupcakes atau kek cawan. Disertakan juga 6 resipi krim iaitu bahan untuk menghiasi cupcakes seperti mana yang anda inginkan. Pelbagai dekorasi cupcakes yang comel dan ceria terdapat dalam buku ini.
Malah, ia dikategorikan mengikut tema-tema yang menarik seperti flora, kartun, fauna, temasya dan sebagainya. Sediakanlah cupcakes sendiri. Dengan berpandukan buku ini dan sedikit kreativiti, anda pasti berpuas hati apabila melihat hasilnya.