Description
Seni felt boleh menghasilkan pelbagai jenis produk bukan sahaja untuk kanak-kanak malah untuk golongan dewasa juga.
Seni felt boleh menghasilkan pelbagai jenis produk bukan sahaja untuk kanak-kanak malah untuk golongan dewasa juga. Bergantung kepada kreativiti dan idea masing-masing untuk mencantikkan lagi produk yang dihasilkan. Variasi Cantiknya Felt menampilkan 20 rekaan bunga menggunakan felt dan digubah untuk untuk menghasilkan bantl cincin, korsaj, doorgift dan sebagainya. Dilengkapi juga dengan langkah demi langkah yang jelas. Diselitkan juga dengan pola setiap rekaan bunga. Bagi yang inginkan kelainan dalam menghasilkan felt, dapatkan buku ini sebagai bahan rujukan anda.