Description
TANPA menghadiri sebarang kelas, VARIASI AKSESORI KRISTAL DAN MUTIARA ini ibarat guru yang mengajar langkah demi langkah.
TANPA menghadiri sebarang kelas, VARIASI AKSESORI KRISTAL DAN MUTIARA ini ibarat guru yang mengajar langkah demi langkah. Anda pasti seronok membuat sendiri gelang kristal swarovski, anting-anting loop, rantai single dangling, cincin gugusan permata, choker, mahupun jam tangan mutiara. Berbekalkan teks yang mudah difahami, foto berwarna yang jelas diikuti, ditambah dengan minat dan kreativiti, segala-galanya pasti menjadi realiti! Berbanggalah dengan hasil kerja tangan sendiri. Dan pasti terdetik di hati. Ohh...rupa-rupanya senang saja buat sendiri! Mudah, Murah & Meriah! Antara topik yang terdapat di dalam buku ini: -Kristal dan mutiara -Peralatan dan bahan-bahan -Teknik memasang stopper dan cangkuk -Teknik memasang shell end -Teknik anyaman -Panduan penjagaan kristal -Pelbagai rekaan aksesori memikat hati