Be our VIP for more discounts
FREE DELIVERY for order RM150 and above!
Pickup option is available at our store
Hassan seorang anggota polis yang amat berdedikasi. Pada suatu hari dia terjebak dalam satu kes yang luar biasa. Kes tiga perompak yang melarikan wang tebusan dengan kereta api menjadi rumit apabila ketiga-tiganya hilang tanpa dikesan di Stesen Keretapi Lama secara tiba-tiba. Apakah yang terjadi kepada mereka? Adakah ada yang terkorban akibat kemarahan roh tidak tenteram yang mengganggu tiga perompak itu? Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi! / GHAIB / AZIAH ZAINAL
Kematian berlaku kepada penumpang tren yang menuju ke Munsan. Kemudian diikuti kes bunuh diri yang mana seorang gadis meluru ke hadapan kereta api yang sedang bergerak menyebabkan stesen tren itu dikatakan berhantu. Stesen itu terlalu penting untuk mereka di Munsan, terutama sekali kepada Jong Kook yang berasal dari kampung misteri yang bernama Panmunjeom. Tanpa disedari, segala tragedi di stesen tren itu berhubungkait dengan penduduk kampungnya. Dunia kita tidak sama… / MASA UNTUK PULANG / ZYRA SAFIYA
Suri, gadis gemuk dan berbau busuk. Walaupun disisih keluarga dan kawan-kawan, tidak pernah dia berniat untuk membalas dendam. Genap tujuh belas tahun, rasa tersisih mula membara. Suri nekad. Dia menanti komuter hantu demi meminta hajat untuk berteman dan tidak mahu disakiti lagi. Satu per satu mahu menjadi teman Suri setelah memakan epal merah yang muncul secara tiba-tiba. Namun, satu per satu pula mengakhiri hidup mereka setelah berteman dengan Suri. Kenapa semua ini boleh terjadi? Dan apa kaitannya dengan epal merah dan komuter? Aku hanya mahu berteman… / EPAL MERAH DAN KOMUTER HANTU/ SUFI ABQARI
ISBN: 978-967-446-461-5
HALAMAN: 384
KELUARAN: JULAI 2018
PENULIS: AZIAH ZAINAL, ZYRA SAFIYA & SUFI ABQARI
Subscribe to get special offers, free giveaways and once-in-a-lifetime deals.