Description
KITA diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Amarah sebagai khalifah ALLAH S.W.T bagi mentadbir bumi ini menunjukkan betapa istimewanya kita.
KITA diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Amarah sebagai khalifah ALLAH S.W.T bagi mentadbir bumi ini menunjukkan betapa istimewanya kita. Sungguhpun begitu, perlulah beringat selalu bahawa hidup kita tidak lari daripada ujian ILAHI dan juga godaan as-syaitonirrajim. Dianugerahkan hati serta akal yang waras demi memandu kita menuju
Hati yang dilindungi tulang rusuk menunjukkan raja anggota tubuh ini dijaga dengan teliti oleh Sang Pencipta. Begitulah diumpamakan kita untuk memeliharanya daripada dicemari sebarang noda. Baik buruk akhlak dan turun naik tahap keimanan kita tertakluk pada corak pemerintahan hati yang berkuasa. ALLAH S.W.T tidak memandang harta dan rupa tetapi kebersihan hati serta amalan hamba-NYA.
Selami pengisian Terapi Hati ini agar kita lebih berwaspada. Usah dibiarkan kuman-kuman mazmumahmengerumuni hati lantas memakannya sedlklt demi sedikit. Bimbang andai hati menjadi buta, segala suruhan agama tidak dipenuhi namun yang ditegah pula semakin digemari. Hapuskanlah karat-karat dosa yang menghitam di hati dengan kembali mendekatkan diri kepada DIA yang Maha Esa.