Description
Kisah Syahid yang diuji dengan sakit kanser seawal usia 3 tahun mendapat perhatian ramai setelah ayahnya, Bazli UNIC mula memuat naikkan perkembangan anaknya itu di media sosial. Kisahnya menjadi perhatian ramai netizen termasuk para selebriti sama ada dalam atau luar Malaysia.
Perkembangan penyakit Syahid paling melonjak tinggi ketika Bazli dan UNIC dinobatkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza musim pertama. Artis Indonesia, Oki Setiana Dewi dan penyanyi terkemuka Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza antara yang menziarahinya selepas itu. Turut mendapat perhatian adalah Syahid walaupun terlebih dahulu disahkan menghidapi autisme dan bertarung dengan kanser, namun masih mampu menghafal beberapa surah dalam al-Quran termasuk Surah Al-Mulk. Setiap posting Bazli mengenai Syahid di Instagram menarik hampir 100 ribu ke 200 ribu view dan ribuan komen.
Bagaimanapun, Syahid disahkan meninggal dunia pada Ramadan 2017. Kematian yang menghidupkan; apabila kisahnya menjadi tular termasuk di kalangan masyarakat luar negara seperti Brunei dan Indonesia. UNIC akhirnya mencipta lagu terbaharu mereka dengan liriknya didedikasikan kepada Allahyarham Syahid dan berjudul Bintang Syurga.