Description
Sirah Nabi Muhammad SAW menceritakan secara ringkas kehidupan Rasulullah SAW bermula dari kelahiran sehingga kewafatan Baginda.
Kisah Nabi Muhammad SAW ini penuh cabaran dan pedoman yang boleh dijadikan ibrah buat umat Islam khususnya kanak-kanak. Mereka akan lebih mengenali, memahami dan menghayati perjalanan kehidupan luar biasa seorang rasul.
Semoga kisah-kisah ini dapat menyemai rasa cinta dan kasih sayang kita kepada Baginda iaitu Nabi dan Rasul terakhir.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ِ
APA YANG MENARIK DENGAN BUKU INI?
- Pengenalan ringkas kisah Nabi Muhammad SAW.
- Jalan cerita yang positif, ringkas dan mudah difahami.
- Sesuai untuk bacaan kanak-kanak.
- Ilustrasi yang menarik dan berwarna-warni.
- Kisah yang pasti menyuntik semangat dan motivasi ke dalam diri kanak-kanak.
Pada 29 Safar tahun ke-11 Hijrah, Rasulullah menziarahi Perkuburan Baqi'. Ketika perjalanan pulang, baginda mengalami sakit kepala dan demam panas. Para sahabat dapat merasai bahang kepanasan dari serban baginda.
Kesakitan Rasulullah semakin menggusarkan para sahabat.