Description
Khadeeja, dibesarkan dalam keluarga yang penuh kacau-bilau. Sikap pilih kasih orang tuanya, menjadikan dia gadis yang suka memendam rasa. Diamnya selalu disalahtafsirkan. Senyumannya tak kena tempat dan masa.
Kehadiran Adlyn sebagai sahabat memberi Khadeeja ruang untuk bernafas, tetapi insiden hitam telah berlaku sehingga menyebabkan dirinya dibenci.
Ketika dia sedang lelah memikul tanggungjawab keluarga, Nufail datang memikat. Khadeeja cuba memujuk hatinya untuk menerima Nufail, tetapi dia terpaksa mengalah. Benarlah, dia tidak layak untuk bahagia.
Saat semuanya jauh ditinggalkan, Ansar datang menunaikan janji. Janji untuk menjaga Khadeeja walau apa pun yang terjadi.
“Takkan ada lelaki yang suka kau lebih daripada aku, sayang kau lebih daripada aku, jaga kau lebih daripada aku. Tu janji aku pada kau.” – Ansar
“Saya tak suka dengar cakap kosong. Kalau ikhlas sayangkan saya, tunjuk dengan perbuatan. Tak payah cakap setinggi langit kalau kaki masih mencecah bumi.” – Khadeeja
Mampukah Khadeeja bangkit semula dan memilih jalan bahagianya? Adakalanya rasa tak perlu dizahirkan dengan kata-kata. Cukup dengan ketulusan hati mencintai…
JUDUL: SETULUS KHADEEJA
TERBITAN: ALAF21 @ GRUP BUKU KARANGKRAF
PENULIS: LIZA NUR
ISBN: 978-967-2858-06-5
HALAMAN: 448
KELUARAN: OGOS 2022