Description
Selera anak kadang-kadang sukar difahami dan sentiasa berubah-ubah. Ada ketikanya juga mencabar kesabaran si ibu apabila anak menolak makanan yang diberikan kepadanya. Tentu sahaja kreativiti si ibu sangat diperlukan dalam mempelbagaikan menu supaya setiap makanan yang dihidangkan diterima oleh anak.

Bagaimanapun, apa yang penting ialah hidangan yang disajikan mestilah berkhasiat dan mampu membekalkan nutrien yang diperlukan oleh anak untuk tumbesaran mereka. Bukan sekadar tumbesaran fizikal tetapi juga perkembangan minda. Buku Selera Sayangku ini menghimpunkan lebih 70 resipi daripada majalah Pa&Ma dan dibahagikan kepada lima bab. Resipi-resipi yang dikongsi merangkumi pemakanan dari peringkat bayi berusia enam bulan hinggalah kepada kanak-kanak berusia enam tahun atau lebih.
Panduan dan info tentang pemakanan juga disertakan sebagai rujukan ibu-ibu. Sajian enak dan mudah yang dipaparkan di dalam buku ini pasti menarik selera si kecil. Wahai ibu-ibu yang mengambil berat terhadap pemakanan anak, milikilah buku ini sebagai rujukan dan pencetus ilham dalam menyediakan hidangan untuk anak yang disayangi.