Description
PERJALANAN menuju ALLAH SWT itu umpama perjalanan tanpa jarak. Mustahil untuk kita ketahui di mana penghujungnya. Perjalanan kita di dunia ini akan hanya berakhir apabila ALLAH mengotakan kata janji-NYA iaitu di akhirat kelak.
Maka kehidupan ini perlu diisi dengan ilmu dan nasihat dan al-Quran serta bimbingan Rasulullah SAW adalah wadah terbaik mendapatkan nasihat dari muflis di akhirat nanti. Setiap manusia mempunyai hanya satu umur. Umur ini adalah modal besar yang ALLAH berikan kepada setiap mahkluk-Nya. Isilah umur kita sebaik-baiknya kerana rumah dunia bukanlah rumah yang sebenar.
Ambillah teladan dari kisah hidup Rasulullah SAW. Baginda mempunyai semangat yang amat jitu dalam menggunakan dan memanfaatkan setiap ruang waktu yang ada kerana ia adalah milik ALLAH SWT. Waktu ini bakal ditanya ALLAH bila tiba waktunya. Gunakanlah segala kesempatan yang ada sebelum kita mengucapkan Selamat Tinggal Usia.