Description
Ia benar-benar cerita dalam kain Azwan Ali yang amat santai, tanpa prejudis... seperti mana tagline kegemaran Azwan Ali berbunyi 'Ada Aku Kisah'.
Buku yang diwar-warkan sebagai catatan kisah benar ini pasti intipatinya berlegar dalam ruang kehidupan penulisnya Azwan Ali. Ia benar-benar cerita dalam kain Azwan Ali yang amat santai, tanpa prejudis. Buku ini jelas berkongsi jatuh bangun Azwan Ali dengan rentetan neratifnya amat tersusun. Sebahagian besar buku ini mengetengahkan permasalahan kelompok lelaki pondan atau mak nyah dengan lebih dekat. Penceritaan stail Azwan Ali menarik kerana buku ini penuh unsur humor, sedih lagi dramatik. Terselit juga teguran peribadi dan nasihat. Buku ini bukti memori yang amat lantang berani mati seperti mana tagline kegemaran Azwan Ali berbunyi 'Ada Aku Kisah'.