Description
Menjadi trend hari ini, aneka resipi boleh diperolehi dengan hanya di hujung jari. Cuma klik pada Blog, Facebook atau laman-laman resipi, maka menu yang anda hajati akan muncul di skrin komputer.
Begitu banyak blog resipi yang member pelbagai menu untuk dicuba. Gambar boleh dimuat turun untuk dikongsikan beserta teks resipinya. Cukup mudah! Kerana itu, tidak hairanlah jika ada blogger yang popular seperti selebriti.
Buku Resipi Blogger ini adalah koleksi Puan Nooriah Abdullah iaitu pemilik Blok Bicara Kak Noor. Buku ini menghimpunkan lebih 70 resipi. Mengandungi empat bab iaitu makanan pembuka selera, hidangan utama nasi dan mi, hidangan Barat dan Brunei serta pencuci mulut sebagai pelengkap sajian. Naskah ini patut dimiliki.