Be our VIP for more discounts
FREE DELIVERY for order RM150 and above!
Pickup option is available at our store
KAIN IBU SYAITAN â A. DARWISY Hari pertama Azham bekerja di Muzium Tekstil Negara, dia sudah diganggu dengan perkara-perkara aneh. Bukan dia seorang saja, tetapi hampir semua pekerja di dalam muzium itu turut merasai pengalaman yang menakutkan. Kemuncaknya, adalah pada program Denai Malam yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia. Apa yang terjadi pada malam itu? Apa pula kaitannya dengan siri kejadian seram yang menimpa mereka sebelum ini? Benarkah muzium itu berhantu atau ada cerita di sebaliknya yang mereka tidak tahu?âSetiap yang lama itu, ada penjaganya...â
CANANG ANISAH â SUZANI NADZIR Satu tugasan yang diterima membawa sekumpulan ahli arkeologi ke Gua Cha. Perjalanan mereka tidak semudah yang dirancang. Kemalangan yang berlaku membuatkan mereka mengambil jalan pintas ke sebuah kampung. Tambah memburukkan keadaan, kenderaan yang dinaiki oleh mereka rosak di tengah jalan. Dengan pertolongan yang ditawarkan oleh Rahman, mereka menumpang teduh di rumah lelaki itu sementara menunggu kereta mereka siap dibaiki. Di situ, mereka terjumpa sebuah bangunan terbengkalai yang dipercayai merupakan sebuah muzium lama. Usul telah diajukan oleh Fahrin kepada pihak Muzium Kesenian Pantai Timur untuk cadangan membaik pulih bangunan tersebut. âAku memburu jiwa yang hitam, menghapuskan hati yang kotor!â
PASUNGAN â FAIZUL RAHIM Lawatan sekumpulan pelajar sekolah ke salah sebuah muzium semuanya kelihatan elok dan berjalan lancar. Tetapi kejadian histeria yang secara tiba-tiba berlaku di sekolah tersebut telah menyebabkan Yusuf berminat untuk membantu kerana dia tahu ada yang sedang menanti dirinya. Kejadian pembunuhan yang pernah berlaku belahan tahun lambat sengaja disembunyikan oleh pihak muzium tanpa siapa mengetahui alasannya. Keberanian Haslina untuk membantu Yusuf menyelesaikan misteri berakhir tragedi. âCinta terpasung, cinta berdarah.
PENULIS: A. DARWISY, SUZANI NADZIR, FAIZUL RAHIM
ISBN: 978-967-498-004-7
MUKA SURAT: 368
Subscribe to get special offers, free giveaways and once-in-a-lifetime deals.