Description
ZARA / ~Hutang nyawa dibalas nyawa!~
Dua kali mendiami rumah flat memberi pengalaman berbeza buat diri Zara. Pengalaman pertama menyewa di rumah flat bersama-sama rakan sekampung. Semenjak duduk di situ, pelbagai masalah hadir kerana dirinya. Anak patung beruang pemberian arwah nenek turut menjadi mangsa. Gelang emas pemberian atuk sebelum menghembuskan nafas terakhir juga menjadi perbalahan. Kata mereka, dia ada saka! Zara tetap pertahankan dirinya sehingga pada satu tahap, dia dihalau keluar dari rumah sewa itu. Pengalaman kedua amat bermakna buat dirinya kerana tinggal bersama suami yang baru dikenali. Tetapi sekali lagi Zara diuji. Dia berkeinginan yang bukan-bukan! Kata rakan suaminya, ada yang tidak suka akan perkahwinan mereka.
MANUSKRIP / ~Pabila dendam menjadi raja~
Riyad, seorang editor berpindah ke sebuah rumah flat di Taman Megah kerana tempat tinggalnya yang lama agak jauh dengan pejabatnya di Syarikat Kalam Ilham. Setelah berpindah ke flat itu, Riyad sering diganggu wanita yang membunuh diri dengan terjun dari bangunan flat itu. Pada suatu hari, Riyad melihat laptopnya tersedia dengan cerita seram yang dia sendiri tidak taip. Riyad beranggapan wanita yang sering muncul itu ingin menyatakan sesuatu. Kebetulan ketika itu dia mewakili syarikatnya di dalam pertandingan penulisan kisah seram. Dari hari ke hari, manuskrip seram yang sepatutnya ditulis oleh Riyad semakin bertambah muka surat. Sejak itu, Riyad cuba menyiasat kejadian sebenar di flat itu bersama-sama Joe dan Hafiz juga penghuni di situ. Siapakah wanita itu sebenarnya?
KLU / ~Permainan biasa tetapi bermain dengan bayangan luar biasa~
Wani amat menyukai permainan cari kata. Ke mana sahaja dia pergi, buku itu akan menjadi penemannya. Namun, ada sesuatu yang pelik terjadi. Jawapan cari kata itu seolah-olah benar dan menjadi klu kepada kehilangan seseorang yang tidak dikenalinya. Setiap malam tiga perkataan yang dijumpainya akan dikumpulkan supaya mereka dapat mencari maksud sebenar di sebalik perkataan itu. Keterujaan itu bukan hanya Wani, tetapi ada lagi beberapa orang yang turut membayangkan permainan ini mempunyai makna tersendiri. Ini membuatkan ada makhluk yang akan tersenyum lebar, menantikan mangsa yang kecundang di dalam permainan itu menjadi korban. Flat tinggal itu menjadi saksi tiada sesiapa yang bakal keluar daripada permainan itu sehinggalah kau berpijak di dunia yang nyata!
KEKUATAN:
Ketiga-tiga penulis menulis berdasarkan pengalaman seram masing-masing yang pernah tinggal di flat. Kisah yang dipaparkan mempunyai elemen seram dan saspens yang kuat. Selain itu, kisah PS Flat ini lebih dekat dengan pembaca kerana karya ini dialami sendiri oleh penulis dan latar tempat juga adalah di perumahan flat yang mana sering kita dengar tentang kisah-kisah seram yang kerap kali berlaku di tanah air. Penulis juga menyelitkan unsur-unsur seram tradisional seperti amalan ilmu hitam dan perjanjian dengan saka.
PEMBELIAN KOMBO NOVEL PROJEK SERAM FLAT DAN TELAGA AKAN MENERIMA BEG EKSKLUSIF DAN STIKER DARI BUKU PRIMA (UNTUK 200 PEMBELI TERAWAL).