Description
Hidup Sidek mula berubah selepas pulang dari Batu 20. Dia mula diganggu jelmaan yang mahukan habuan manakala Pian pula semakin jelik tingkah lakunya. Pian semakin galak mendekati isteri Sidek sehinggakan menimbulkan rasa cemburu. Sidek semakin tertekan apabila ada yang menghuni basnya dan menyerupai dirinya untuk mendapatkan habuan.
âHadirku pabila diseru.â / BATU 20
Kejadian orang hilang semakin menjadi-jadi. Enam orang termasuk yang dijumpai semula dalam keadaan koma menjadi mangsa. Salah seorang daripada mereka ialah Fakhir. Fadlan yang berasa bersalah cuba mencari adiknya dengan cara sendiri. Penyiasatannya membawa kepada sesuatu yang mengejutkan yang berkaitan dengan kemunculan sebuah ekspres dan kejadian 20 tahun lalu.
Silap niat di hati, sesat destinasi. / HAJAT
Habis sahaja bulan Ramadan, makhluk-makhluk halus yang kelaparan keluar mencari mangsa. Setiap tahun, sepuluh orang akan dihantar untuk menjadi santapan kepada makhluk itu sebagai korban. Pada hari raya kali ini, Kauthar adalah antara 10 orang yang dihantar sebagai hidangan malam raya. Ritual yang telah dimulakan sejak ribuan tahun.
Bila mereka lapar, dunia akan tunggang terbalik. / KEBULUR
PENULIS: AFFIEYZA ISAHAK, FITRI HUSIN, HELMI EFFENDY HALAMAN: 344