Description
KAHWIN dengan pilot handsome? Oh, itu mungkin harapan gadis cantik yang lain tetapi bukan impian Umairah! Jika bukan kerana Dayyan pilihan mama, tak ingin Umairah menjadi isterinya. Siapa yang hendak menjadi isteri kepada lelaki hidung belang? Cari nahas? Sebab itu dia nekad membatalkan perkahwinannya, sekalipun terpaksa melukakan hati dua keluarga.
Penerbangan ke Osaka telah mengubah kehidupan Umairah seratus peratus. Walaupun Faeeq, satu nama yang terpahat dalam hatinya sejak sekian lama turut menyertai penerbangan itu, tetap Umairah tewas di tangan Dayyan yang telah mengatur rancangan untuk mengahwininya di Osaka.
Wujudkah cinta buat Dayyan sedangkan Umairah tidak pernah mencintai lelaki itu? Bagaimana pula dengan kisah cinta yang tidak pernah bermula dan tidak pernah berakhir antara dirinya dengan Faeeq? Kisah cinta ini milik siapa sebenarnya?
“Terima kasih atas semua kebaikan papa pada keluarga Maira. Maira pilih untuk tidak mahu teruskan majlis ni. Maira anggap diri Maira tak berjodoh dengan Dayyan.” - Nadyne Umairah
“I lagi jijik kalau you tak mahu jadi isteri I. Tapi I tahu, you cukup bijak untuk buat keputusan yang tepat. Actually, you sendiri yang setuju untuk jadi isteri I. I tak paksa you pun.“ - Dayyan Putra
“Tak sangka begitu kecilnya dunia! Sejauh-jauh tempat aku cari kau, di bawah bumbung KLIA ni juga kita dipertemukan. Hati ni tak sabar-sabar nak bertanya, apakah aku masih punya ruang untuk berkongsi bahagia dengan kau?” - Muhammad Faeeq
PENULIS: MASTURA ABDULLAH
GENRE: CINTA & KEKELUARGAAN
HALAMAN: 464