Description
Gadis yang cantik sudah terlalu ramai.
Namun, gadis yang indah peribadinya semakin pupus ditelan zaman.
Maka, kecantikan itu perlu dikembalikan.
Hati yang ‘lembut’ itu perlu disentuh dengan pesan-pesan cinta daripada Tuhan, agar ia kembali berseri umpama indahnya mawar yang berduri. Sekalipun ia cantik, namun perlu berhati-hati menyentuhnya kerana ada duri yang memagari.
Rasulullah SAW bersada, “Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah” (HR. Muslim)