Description
Muzaffar dan keluarganya diarahkan mendiami Villa de Amour selepas menandatangani kontrak dengan ganjaran lumayan. Syaratnya mudah— tiga bulan menetap tanpa berpindah. Kehadiran mereka mula mengusik sesuatu yang sudah lama bersarang di vila itu. Ayumi pula kerap diganggu lembaga berpakaian pengantin dan mula didatangi mimpi-mimpi aneh. Pertemuannya dengan Que membuka jalan ke dalam lipatan rahsia, sebuah kebenaran yang tidak pernah diluahkan.
“Awak kata awak nak tahu siapa sebenarnya diri saya, kan?” - Que
Kehilangan Ayumi mencetuskan huru-hara. Villa de Amour kembali menjadi saksi kekacauan yang menyelubungi Muzaffar sekeluarga. Ayumi sedar yang dia telah terhumban ke masa silam Villa de Amour, melangkaui 36 tahun ke belakang. Satu per satu mimpi aneh yang dialaminya berlaku pada zaman itu dan menguak tirai misteri yang terbenam sekian lama. Ayumi cemas apabila nyawanya menjadi taruhan.
“Ini amaran aku! Jika kau cuba melawan, nyawa Tengku Ramdan pula akan menjadi galang gantinya.” - Sabrina
“Saya tak bohong. Saya berkata benar. Saya bukan Kamalia, tapi Ayumi.” - Ayumi
Mampukah Muzaffar sekeluarga bertahan di vila itu selama tiga bulan? Dapatkah Ayumi pulang ke dunianya semula? Apakah rahsia yang menyelubungi Villa de Amour selama ini?