Description
Buku ini adalah versi Bahasa Melayu.
Kita mahu jadi Muslim yang produktif, yang tidak buang masa dengan sia-sia, yang pasti ada sumbangan untuk ummah. Tapi masalahnya, kesibukan kita menyebabkan masa berkualiti dengan keluarga, kerjaya dan masyarakat jadi tak seimbang dan kurang sempurna. Apa yang tak kena? Cara pengurusan masa kitakah? Atau ada perkara lain?
Jadi, buku ini untuk siapa?
- Untuk kita yang terasa kecewa kerana gagal mencapai banyak perkara dalam hidup, atau mungkin merasakan hidup kita kurang arah.
- Untuk kita yang tahu yang kita berpotensi besar namun kekurangan produktiviti yang menghalang kita daripada mencapainya.
- Untuk kita yang berada dalam âpergelutanâ untuk seimbangkan antara kerjaya, pelajaran, keluarga, kehidupan sosial, dan paling penting, kewajipan agama.
Bagaimana spiritualiti mampu melonjakkan produktiviti? Buku ini akan berkongsi:Â
- Cara mengurus masa tidur, nutrisi dan kesihatan
- Cara untuk bersosial dan bermasyarakat
- Cara mengurus daya fokus ketika terganggu
- Cara mengurus masa dan melabur untuk akhirat
Â
Â
Â