Description
SIAPA yang tidak mahu sihat sepanjang usia? Malah, itulah harapan setiap insan. Perlbagai usaha dilakukan untuk penjagaan kesihatan; tidak kiralah rawatan moden mahupun tradisional.
Mungkin ramai di antara kita yang tidak pernah mendengar nama-nama herba seperti hempedu bumi, subang nenek dan jarum tujuh bilah. Apatah lagi melihat gambarnya. Namun hakikatnya, inilah di antara herba yang mempunyai banyak khasiat untuk perawatan kesihatan dan kecantikan.
99 HERBA ini diterbitkan khusus untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepelbagaian tumbuhan semula jadi di sekeliling kita yang mampu memberi 1001 khasiat dan penawar kepada kehidupan seharian. Setiap herba dilengkapi dengan foto berwarna, kegunaan rawatan serta cara penggunaannya bagi memudahkan pemahaman.
Herba mempunyai banyak khasiat untuk perawatan kesihatan dan kecantikan.