Description
Malayonesia merujuk kepada keseluruhan alam kepulauan Melayu. Buku ini membawa pembaca menghayati masa lampau Alam Melayu menerusi aspek geografi, penduduk, iklim, pembukaan, pentadbiran, penjajahan dan pembebasannya, perjuangan dan sukla duka umatnya yang berkongsi latar belakang sejarah tabii yang sama. Isi kandungan diolah pengarangnya menerusi pelbagai sumber klasik nadir, yang dibedah, diolah dan dipersembahkan dalam bentuk yang menginsafkan bagi para pembaca yang mempunyai jiwa yang hidup. Sumber klasik diadun pula dengan sumber mutakhir agar menyediakan hidangan minda yang segar dan bertenaga dalam pembinaan peradaban umat yang diidamkan pada masa hadapan.