Description
"Tuhan sesungguhnya sentiasa menunjukkan jalan kepada sesiapa yang tidak berputus kepada perkataan harapan."
Kunang Pesisir Morten.
Ya, harapan.
Kita semua punya harapan.
Harapan untuk berubah. Harapan untuk berjaya.
Dan semua itu perlukan satu suntikan inspirasi.
Bagaimana mahu capai?
Sama-sama selusuri kisah seorang budak jalanan yang comot berambut gerbang tapi bijak berfikir melalui pemerhatian.
Apa yang Dhiya lakukan, kita sama boleh buat.
Melihat dan memerhati.
Tanya diri, tanya jiwa, kita mahu apa?
Kunang Pesisir Morten.Sebuah novel yang berkisar tentang perpaduan, pendidikan, kemiskinan pada era 80-an di Kampung Morten yang mengundang munculnya seorang anak jalanan pemikir genius bernama Dhiya dan dua sahabat baiknya, Adi dan Lim.