Description
Penemuan mayat mengecut tanpa kepala menggemparkan satu negara. Pihak polis yakin, ia perbuatan pembunuh bersiri berdarah dingin. Namun tidak pada Amirul dan Tok Yazid yang berharap andaian mereka salah apabila sesuatu dari gua terlarang itu telah dibangkitkan oleh seseorang.
Citra Hana, gadis kesayangan Amirul hilang dari kampung setelah mengalami tekanan hidup yang membuatkan dirinya tertekan. Amirul nekad mencari dan membawa balik gadis itu meski bermacam kecaman buruk daripada orang kampung tentang asal-usul Citra Hana dan keluarganya.
Apakah yang membuatkan Citra Hana berubah 360 darjah? Mampukah Amirul membawa gadis kesayangannya itu kembali ke pangkal jalan? Ini soal dendam tiga segi dan puncak ritualnya mengorbankan si perawan.
“Hutang darah dibayar darah. Hutang nyawa dibayar nyawa.” - Citra Hana
“Dan sekarang budak tu dah dipengaruhi oleh sesuatu yang jahat. Tragiknya, dia berjaya bangkitkan jembalang dari dunia purba.” - Tok Yazid
“Ini bukan siasatan paranormal. Takkan aku nak laporkan kepada ketua aku tentang hal-hal berkaitan begini. Silap langkah, aku digantung tugas kerana fikirkan akal waras aku tidak stabil pula.” - Inspektor Sani
“Citra perlukan pertolongan kita, tok. Kali ini antara hidup dan mati.” - Amirul