Description
perjanjian yang terpateri kukuh antara DIA dengan kita, hamba-NYA. Belum pun dilahirkan, roh kita sudah pun mengakui bahawa ALLAHlah satu-satunya TUHAN yang berhak disembah, tiada sekutu bagi-NYA. Namun,...
ALLAH bertanya kepada roh, "Adakah AKU TUHAN kamu?"
Roh menjawab, "Iya, bahkan."
Inilah perjanjian yang terpateri kukuh antara DIA dengan kita, hamba-NYA. Belum pun dilahirkan, roh kita sudah pun mengakui bahawa ALLAHlah satu-satunya TUHAN yang berhak disembah, tiada sekutu bagi-NYA. Namun, kita kadangkala lupa pada ikrar suci ini. Lupa pada asal usul kita. Lupa yang kita pasti akan kembali pada-NYA. Lalu bagaimana? Bermuhasabahlah setiap perbuatan kita agar segalanya tetap selari dengan perjanjian. Kufur dan syirik pada keesaan-NYA tidak diterima oleh DIA. Mengapa? Kerana kita sudah berjanji, mana mungkin kita ingkari? Kita ini manusia, hamba kerdil ciptaan-NYA. Apa layak kita untuk menentang DIA Yang Maha Perkasa?
Insaflah…. Kembalilah pada-NYA. Andai sudah terlanjur menduakan-NYA, bertaubatlah. Mohon ampunan sesungguhnya pada DIA. Benar, rahmat-NYA mengatasi murka-NYA. Moga ada kemaafan pada khilaf yang dilakukan.
ANTARA KANDUNGAN MENARIK
- Islam Agama Haq.
- Tauhid dan Iman.
- Kufur dan Syirik Pada-NYA.
- Menjadikan Kuburan Sebagai Masjid.
- Bertilik Nasib dan Mencari Keberkatan.
- Tangkal dan Jampi Dalam Islam.
- Mensucikan Manusia. Bolehkah?
- Syafaat Tuan Guru. Wujudkah?
- ALLAH Bersama Makhluk. Benarkah?
- Kaedah Memahami Nama-nama dan Sifat-sifat ALLAH