Description
Apabila Usamah, seorang penulis novel dikritik hebat oleh Joe Penapi, dia jadi lemah semangat. Hilang arah. Tak tahu nak buat apa. Hinggalah satu hari, Johari Salim, seorang penulis legenda memberitahunya untuk bersabar. Bersabar atas segalanya, kerana disitulah jati diri seorang penulis. Satu perkataan, "Sabar", tapi sangat memberi erti pada Usamah. Apa pengakhiran cerita Usamah dan siapa Joe Penapi yang sebenarnya? Dan bersabarkah Usamah hingga ke akhirnya? Penulis Yang Disayangi Tuhan. Sebuah novel tulisan Bahruddin Bekri yang kini diterbitkan semula oleh JIWA.