Description
Permintaan Mak Leha untuk menjodohkan Syamin dengan Nazril membuatkan Syamin dalam dilema. Hana, sahabat baiknya meminati Nazril dalam diam. Takkan dia mahu potong jalan Hana macam tu saja? Antara ibu dan sahabat, yang mana satu harus dia utamakan?
âSya tolak sebab Sya sangka Hana pun sukakan abang. Sya tak sanggup nak lukakan hati Hana. Susah tau Sya nak buat keputusan. Tiga hari tiga malam Sya fikirkan sampai naik sewel.â - Syamin
Saat Syamin dibelenggu pelbagai tekanan, Nazril buat pengakuan berani mati yang dia cintakan Syamin. Saat Syamin sedar kesilapannya, dia harus menagih semula cinta yang sudah dilepaskan.
âIyalah, anak manja tapi anak manja inilah yang jadi pilihan calon menantu ibu untuk anak gadis dia, kan?â - Nazril
PENULIS : EINA AFRINA
ISBN: 978-967-86-0855-8
MUKA SURAT : 186