Description
Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.
NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-5 membincangkan:
- Mengenai pengharaman kahwin mut’ah.
- Mengenai dasar akad jual beli dalam Islam.
- Mengenai hak anak yatim dan berbuat baik kepada tetangga.
- Mengenai syariat tayammum.
- Mengenai perintah dan etika berperang/berjihad dalam Islam.
- Mengenai haramnya darah sesama Muslim.
- Mengenai solat qasar dalam musafir dan perang.
- Mengenai nusyuz suami isteri dan perintah berlaku adil kepada para isteri.
- Mengenai perintah menjadi penegak keadilan.
- Mengenai larangan syirik.
- Mengenai pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid.
- Mengenai larangan riyak ketika berinfak.
- Mengenai sikap orang munafik.
- Mengenai larangan sebar berita tanpa sumber yang sahih.