Description
Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.
NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-27, merangkumi tadabbur ayat daripada tujuh surah iaitu Al-Dzariyat, Al-Tur, Al-Najm, Al-Qamar, Al-Rahman, Al-Waqi’ah dan al-Hadid.
Setiap surah membincangkan pelbagai kisah menarik yang merangkumi pelbagai aspek. Iaitu:
- Tentang sumpah Allah terhadap gunung, Kitab dan Baitulmakmur.
- Tentang kisah-kisah yang mengandungi ancaman.
- Tentang ashabul Yamin dan ashabul syimal.
- Tentang kiamat yang semakin hampir.
- Tentang Allah SWT yang bersumpah dengan bintang.
- Tentang gambaran selepas kematian indah.
- Tentang orang Mukimin yang yang diberi cahaya pada hari kiamat.