Description
FITRAH manusia, kita adalah makhluk yang lemah. Kita tidak dapat menduga apa yang akan berlak, hari ini mungkin sihat tetapi esok atau lusa, kita mungkin diuji dengan kesakitan. Sesungguhnya, sakit itu adalah satu daripada aturan kehidupan. - skandar Dzul Karnain HM -
FITRAH manusia, kita adalah makhluk yang lemah. Kita tidak dapat menduga apa yang akan berlak, hari ini mungkin sihat tetapi esok atau lusa, kita mungkin diuji dengan kesakitan. Sesungguhnya, sakit itu adalah satu daripada aturan kehidupan. Kita tidak mampu menjamin kesihatan berpanjangan kerana setiap denyut nafas kita berada di bawah kekuasaan-NYA. Orang yang tahu bersyukur akan merasai hikmahnya sakit dan redha menghadapi setiap dugaan dengan positif.
Sedarilah bahawa setiap kesakitan yang datang adalah ibarat tarbiah daripada-NYA, untuk menguji sejauh mana kesabaran kita sebagai hamba yang redha. DIA turunkan sedikit musibah agar kita menganalisa apa yang telah dilakukan sepanjang dikurniakan kesihatan yang baik. Berdoa adalah terapi terbaik bagi mengubati sesuatu penyakit. Berimanlah sepenuh hati kepada ALLAH S.W.T dan menerima bahawa sakit yang datang itu semakin mendekatkan diri kita kepada-NYA. Jadikanlah al-Quran sebagai penawar untuk terus berusaha. Bertawakallah dan yakin bahawa setiap sakit pasti ada ubatnya. Sesungguhnya, DIA tidak menurunkan penyakit melainkan DIA juga menurunkan ubatnya. Mohonlah hanya pada-NYA.