Description
Melingkari Abad ke-18 sehingga 2018, generasi Nang Lana hidup dalam ketakutan. Penolakan Nang Lana untuk mewarisi amalan sihir yang kuat menimbulkan dendam dalam diri Melur. Anggun dipergunakan oleh Melur untuk membuat Nang Lana menderita. Nang Lana melarikan diri ke tempat baru, iaitu Kampung Tujuh Tanah. Tercetus huru-hara di situ. Warisan amalan sihir menjadi rebutan, lebih banyak nyawa menjadi korban.
Nang Lana sentiasa selamat menjadi sebab buat Melur melakukan perjanjian dengan makhluk hitam. Helah makhluk hitam telah menyebabkan kematian secara tidak wajar sehingga mencetuskan kebimbangan penduduk Kampung Tujuh Tanah. Pagar ghaib yang melindungi kampung dari anasir jahat telah roboh.
Kedatangan Andara, seorang pegawai polis untuk menyiasat kes kematian dan Azhar, pengamal spiritual membuka rahsia sebenar. Siapakah Melur yang sentiasa berusaha menggugah keimanan Nang Lana? Adakah sengketa yang berlaku di setiap generasi Nang Lana dan penduduk Kampung Tujuh Tanah akan berakhir?
Apa yang ikut kau balik, Khairul? Makhluk jahat mana yang kau buru ni? - Azhar
Aku akan berikan korban yang aku cabut nyawanya baru-baru ini. Kau boleh ambil qarinnya untuk dijadikan hamba. - Melur
Dia menyantet orang dengan ilmu paling kejam. Santet tusuk konde. Amalan dari sihir lambaian bulan. - Pawarka.