Description
KUPILIH REDHA-MU ini mengungkap impian kita yang jauh di dasarhati, mahu meraih redha-NYA, juga rahmat-NYA.
Buku Hidayah Milik Allah Bro! menampilkan perkongsian Dato’ Dr. Izhar Ariff Mohd Kashim tentang beberapa perkara penting mengenai hidayah dan kepentingan menjaganya. Bab-bab awal buku ini menampilkan perkongsian Dr. Izhar Ariff tentang perjalanan kisah benar beberapa individu yang telah mendapat hidayah termasuklah kisah aktor terkenal, Dato’ Jalaluddin Hassan. Sementara bab-bab seterusnya merumuskan bagaimana sifat mereka yang mendapat hidayah serta kepentingan menjaganya.
KUPILIH REDHA-MU ini mengungkap impian kita yang jauh di dasarhati, mahu meraih redha-NYA, juga rahmat-NYA. Tipulah jika kitakata kita tidak mahu mendekat pada-NYA. Setiap hari kita berusaha,namun kadangkala tersasar juga. Bukan kerana kita jahil tentang larangan-NYA, tetapi sudah terbiasa melakukannya. Seolahnya khilaf yang kitalakukan sudah menjadi akhlak diri.Namun, segala khilaf inilah yang menjauhkan kita daripada DIAYang Maha Sempurna. Sedang DIA mengajak kita berubah kerana-NYA,terkadang kita dengan sengaja atau tidak, enggan menyambutnya. Aduhai,janganlah kita menjadi golongan yang enggan sedangkan DIA sudahmenghantar jalan-jalan untuk kita menghampiri-NYA. Tiada ruginya jika kitamenuju pada-NYA. DIA suka dan DIA juga menanti kita.DIA pastinya akan sentiasa menyambut kita...