Description
Dunia digital sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita hari ini. Penggunaan media sosial, contohnya sudah menjadi ‘alat’ komunikasi utama bagi berkongsi informasi kehidupan kita kepada rakan-rakan dan saudara mara.
Selain sebagai ‘alat komunikasi’, dunia digital juga secara beransur-ansur telah membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan dengan menjalankan perniagaan pada modal yang agak rendah berbanding perniagaan melalui kaedah tradisional.
KUASAI PERNIAGAAN DIGITAL (SIRI 1) mendedahkan asas-asas utama dalam menjalankan perniagaan dengan menggunakan platform:
Facebook
Instagram
WhatsApp
Pemasaran E-mel
Laman Web
Search Engine Optimization
Buku ini amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan online mahupun yang sedang berniaga dalam usaha memahami kaedah penjualan produk atau perkhidmatan selain mampu meluaskan potensi sasaran pelanggan digital di Malaysia dan di luar negara.