Description
BUKU ini mengandungi 60 jenis resipi yang memang terkenal di kalangan masyarakat setempat. Sajiannya berasaskan ikan laut, ikan air tawar, udang, tunul, rebung, sayur-sayuran kampung dan sebagainya.
BUKU ini mengandungi 60 jenis resipi yang memang terkenal di kalangan masyarakat setempat. Sajiannya berasaskan ikan laut, ikan air tawar, udang, tunul, rebung, sayur-sayuran kampung dan sebagainya.
Selera masakan Sabah yang terdiri daripada pelbagai etnik lebih pada masakan yang mudah disediakan dan tidak banyak menggunakan minyak masak. Ada hidangan mereka yang tidak dimasak tapi diperam dengan jus limau seperti umai. Ada juga masakan yang direbus dan dikukus bagi mengekalkan kelazatan dan khasiatnya. Malah kuih-muihnya juga kurang yang bergoreng dan banyak menggunakan ubi sagu, ubi kayu, jagung dan lain-lain.
Antara resipi yang terkandung dalam buku ini ialah Hinava Udang, Sup Manuk Om Hiing, Pinaranas Sada, Nonsoom Sada, Pinedtad, Taduk, Tira'ah, Sudai-sudai dan sebagainya.