Description
Hidangan Sup mengandungi kandungan karbohidrat yang cepat dihadam. Ia juga memperolehi serat yang boleh didapati daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang digunakan dalam sup. - Ruzzana Mustafa
Hidangan Sup mengandungi kandungan karbohidrat yang cepat dihadam. Ia juga memperolehi serat yang boleh didapati daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang digunakan dalam sup. Ia sesuai dijadikan hidangan bagi mereka yang mengamalkan diet yang sihat kerana khasiat yang tinggi dan kadar kolesterolnya yang rendah.
Kompilasi Hidangan Sup mempelbagaikan hidangan ini dengan 60 resipi sup yang popular dari timur dan barat. Antaranya Sup Kambing, Sup tulang, Sup Ayam Herba, Sup Ikan Haruan, Sup Labu Kuning, Sup Sayur-sayuran dan sebagainya. Sup bukan saja dihirup begitu saja tapi boleh dihidangkan bersama nasi, mi mahupun roti.
Bagi penggemar sup, buku ini amat bermanfaat untuk anda. Ia boleh dijadikan panduan bagi mempelbagaikan resipi-resipi sup untuk keluarga dan teman-teman.