FREE DELIVERY for order RM150 and above!
Pickup option is available at our store
Lembah Setan - Eqbal Mohaydeen
Sejak kematian datuknya, Ameera mula diganggu sesuatu yang menakutkan. Sewaktu cuti sekolah, dia dan Qisya menerima pelawaan Fatin untuk pulang ke kampung, sebuah desa yang jauh di pedalaman. Kampung itu dirasakan sangat aneh. Tiada masjid. Bahkan azan juga tidak pernah dilaungkan.
Satu per satu kejadian seram berlaku. Lebih menggerunkan apabila mula ada nyawa terkorban. Seekor makhluk yang terpasung sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, kini bebas mencari mangsa. Ameera dan Qisya terperangkap di situ.
Irwansyah, inspektor polis yang bergelut dengan kes orang hilang di seluruh Malaysia, mendapati kes itu menyerupai kejadian tahun 90-an. Dia berjumpa DSP Zaman, yang lama menghilang sejak keluarganya terbunuh dalam runtuhan Highland Tower. Pertemuan mereka merungkai kisah wali ALLAH, Imam Aditya, yang menentang penjajah Belanda di Pulau Jawa satu masa dahulu. Sehingga ke hari ini, sejarah tidak pernah bercerita tentangnya. Namun kini, satu per satu rahsia hitam yang mengejutkan mula terbongkar.
“Kampung ni dah lama tiada kematian baru. Kesemua penduduknya berumur Panjang. Kampung ni seperti terkena sumpahan.” – Ameera
“Kau bukan Tuhan. Sebaliknya, kaulah Namrud akhir zaman!” – Imam Aditya
Implisit (Thriller) - Nasa Yusof
Implisit ialah menyatakan sesuatu (dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-terangan dan tersirat. (berlawanan dengan eksplisit)
Tiga bank dirompak di Kuala Lumpur. Namun hanya RM50 sahaja yang diambil bagi membuktikan jenayahnya. Pembunuhan beramai-ramai berlaku di Jabatan Nuklear Negara. Sasarannya rambang, semua ditembak mati tanpa ada alasan. Pertempuran berlaku lagi, namun masih dengan cara yang sama. Ramai ditembak mati tetapi tiada siapa tahu apa penyebabnya.
Apabila berlaku kes pembunuhan yang melibatkan Dato' Azri, iaitu rakan kongsi Dato' Ibrahim pemilik perniagaan di Wisma Attar, tujuan dan alasan jenayah itu mula terbongkar satu per satu. Pihak polis buntu. Segala yang berlaku tidak dapat dirungkai. Pembunuhan dan rompakan tidak ada kesinambungan dan dalangnya tidak dapat dikenal pasti.
Jabar, bekas rakan kongsi Dato' Ibrahim turut disoal siasat berkenaan semua kes pembunuhan yang berlaku. Adakah Jabar mempunyai kaitan dalam setiap kes pembunuhan? Lantas atas tujuan apa yang menyebabkan jenayah ini menjadi tumpuan? Kerana dendam atau kerana kehebatan?
Subscribe to get special offers, free giveaways and once-in-a-lifetime deals.