Description
Buku Mantap Tajwid + Buku Iqra: Teknik Pantas Baca Al-Quran
Free gift: Penunjuk Al-Quran (Selagi stok masih ada)
IQRA’ Teknik Pantas Baca al-Quran ini mengandungi dua bahagian iaitu Asas Bacaan dan Asas Tajwid. Pengisiannya lebih kepada mempraktikkan kaedah mengenal, mengeja, menyebut, menulis dan membaca huruf Hijaiyyah yang berbaris serta bertanda dengan betul.
Naskhah ini sesuai untuk semua peringkat usia kerana:
· KONDUSIF – Panduan baris dan tanda berwarna untuk memudahkan pemahaman topik.
· INTERAKTIF – Dilengkapi dengan QR code video pilihan cara sebutan yang tepat daripada penulis.
· PRAKTIKAL – Terdapat contoh yang banyak, topik tersusun agar kita cepat mahir belajar al-Quran dan mudah dibawa ke mana sahaja kerana saiznya yang kecil. Walau bagaimanapun, naskhah ini hanya sebagai rujukan sahaja kerana pembelajaran secara berguru dan mengulang kaji sangat perlu dalam mempelajari ilmu al-Quran yang tepat. Di samping itu juga, ia dapat memantapkan lagi pemahaman dan menguatkan lagi daya ingatan kita terhadap ilmu ini.
Naskhah ini tampil dengan perbahasan mudah dan ringkas agar dapat membantu pembaca mendalami ilmu al-Quran. Disediakan juga aplikasi QR video pembelajaran untuk mengenal pasti sebutan huruf, mengetahui hukum pembahagian Mad, kadar bacaan ayat dan lain-lain hukum tajwid dengan lebih tepat.