FREE DELIVERY for order RM150 and above!
Pickup option is available at our store
Mimpi aneh yang menyakitkan membawa Umair Jayden ke sebuah perkampungan nelayan. Di situ dia bertemu Saufi, anak muda yang menguatkan keyakinannya pada gerak hati.
“Ibunya mengalami kemurungan, adiknya ada masalah penglihatan dan perlukan pembedahan segera. Sedangkan si abang hanyalah penjahit pukat."
Namun, penerimaan Jusoh hanya separuh hati.
“Tak masuk akal! Siapa dia ni?”
Dalam kekalutan, ada Awatif yang ingin mempercayai.
“Kak Atif sedar tak, dia hanya ambil kesempatan atas ketiadaan Hambali?”
Penolakan yang berkali-kali menjadikan Umair tahu diri. Ketulusannya yang diragui membuatkan harapannya koyak dan jiwanya rabak.
“Saya belajar menjadi gagah. Walaupun diri hampir patah macam papan-papan lama jeti tu.” - Umair
“Dia dah tak ada lagi dalam hati kami. Dia dah matikan seluruh rasa bahagia dalam keluarga ni!” - Jusoh
Kelukaan Umair membirat hingga membawa langkahnya pergi. Namun, tanpa disedari, ada cebisan memori yang dia tinggalkan dalam hati seseorang.
Terpanggilkah rindu pulang ke pangkuan?
Dia Yang Kucinta - Indah Hairani
Chempaka Amna berkongsi satu bapa tiri dengan Larra Andrew. Ibunya berkongsi cinta dengan Mama Hanna. Lelaki yang mencintainya, dicintai oleh Larra Andrew. Kerana itu dia didera fizikal dan mental.
Untuk kesinambungan hidup, dia harus keluar dari penjara Mama Hanna. Pertemuan dengan Luqman, jurutera muda itu memberi tapak untuk dia lari daripada sengsara itu namun cinta Hafidz Andrew memaksa dia kembali berdepan dengan Mama Hanna dan Larra Andrew.
DIA YANG KUCINTA akan merungkai kemelut di jiwa Chempaka Amna.
Novel ini juga telah diadaptasikan ke drama.
Subscribe to get special offers, free giveaways and once-in-a-lifetime deals.