Description
Melihat lelehan keju, lapisan kek warna-warni, kek bersalut coklat dan hiasan ising yang cantik memberi ilham kepada penggemar kek untuk cuba membuat sendiri.
Melihat lelehan keju, lapisan kek warna-warni, kek bersalut coklat dan hiasan ising yang cantik memberi ilham kepada penggemar kek untuk cuba membuat sendiri. Kini, novelis dan penulis buku masakan terkenal, Norzailina Nordin muncul dengan buku terbaharu, Kek Lazat: Langkah Demi Langkah.
Buku ini memuatkan 30 resipi kek yang enak seperti Kek Russian Black & White, Kek Brownies Kukus, Kek Red Velvet, Kek Pelangi, Kek Keju Leleh, Kek Lapis Coklat dan lain-lain.
Bagi yang kurang mahir dan tidak sempat mengikuti kelas membuat kek, buku ini amat berguna kerana terdapat gambar dan penerangan pada setiap langkah demi langkah. Banyak tips yang dikongsikan supaya anda dapat menghasilkan kek yang sempurna.