Description
Sesiapa sahaja tidak kira tua atau muda mampu menghasilkan seni kreatif sekiranya disertai dengan minat yang mendalam. Hasilnya tidak semestinya cantik dan mahal namun yang penting anda suka melihatnya dan memberi makna tersendiri dalam hidup anda.
Lain pula bagi anda yang berminat dengan seni kreatif, ia boleh dikomersialkan dan menjadi sumber pendapatan sampingan. Lazimnya, bahan-bahan terpakai di rumah anda boleh dipelbagaikan dengan menggunakan kreativiti sendiri.
Di dalam kompilasi ini, pelbagai bahan terpakai seperti baju, kasut mahupun jeans lama diberi sentuhan yang lebih segar dan menarik. Pelbagai seni kreatif berserta langkah demi langkah yang dipaparkan mampu membantu anda lakukan sendiri di rumah. Ia sememangnya menjimatkan kos dan hasilnya pasti membuatkan anda puas hati.