Description
Mak, mak…
Orang kata mak ini multitasking orangnya. Sambil memasak pun, dia masih sempat membasuh pinggan mangkuk yang penuh di sinki, masih sempat mengemop lantai, masih sempat masukkan baju dalam mesin basuh. Mak masih sempat jerit pada anak suruh mandi!
Tapi dalam dipuji multitasking dan superwomen pun, mak-mak letih sebenarnya bila kudrat dicurah sini sana. Lelaki-lelaki, inilah masa untuk tunjukkan ‘kesadoan’. Bantu isteri dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Isteri gembira, suami bahagia. Betul tak?
Tapi kan, bila suami macam sudah tak berapa nak melayan, nampak pula ciri-ciri macam nak buka ‘cawangan’ lain, mak-mak bolehlah risau, tapi gelabah jangan. Nanti semua benda tak jalan. Boleh mak-mak?
Siapa patut dapatkan buku ini?
- Mak-mak yang stres dengan dengan hal rumah tangga.
- Mak yang mahu hidup lebih gembira dengan suami dan anak-anak.
- Mak yang mahu lebih efisien dalam mengurus keluarga.
- Suami main kayu tiga? Relaks mak. Buku ini akan bagi tip-tip hebat untuk mak.
- Nak jadi isteri kedua, ketiga, keempat? Tunggu… jom mengopi dulu dengan penulis buku.
Mak-mak, kita jalan terus sajalah!
HALAMAN: 208 2 Warna)
PENULIS: NORMALIZA MAHADI