Description
Jadi Chef Super 1 tampil dengan penuh pengisian berguna buat penggemar makanan. Aneka resipi sedap, mudah dan lazat dipersembahkan untuk tatapan anda. Mengandungi lebih daripada 150 resipi daripada aneka lauk daging, pasta, kuih Melayu, roti dan cucur dikumpulkan dalam satu buku yang menarik ini.
Dunia dapur tanpa sempadan dapat membantu anda meneroka pelbagai hidangan. Dengan satu bahan, kita mampu mengolah ia menjadi pelbagai menu makanan. Kerana itu, kami tampilkan buku istimewa ini untuk panduan anda. Asah kemahiran memasak dan warnai dapur anda dengan mencuba semua resipi. Mungkin anda akan menjadi lebih super!
Selamat memasak!