Description
KEDATANGAN IMAM MAHDI SUATU REKAAN? BIAR BETUL!
Kebanyakan kita pernah mendengar nama Imam Mahdi yang dikaitkan dengan tanda-tanda berlakunya peristiwa Kiamat. Kewujudannya diletakkan sebaris dengan kemunculan Dajjal dan turunnya Nabi Isa a.s. kelak. Namun, adakah kita ketahui bahawa ada ilmuwan Islam yang menolak kehadirannya pada akhir zaman?
Antara mereka ada yang mendakwa bahawa perawi hadith-hadith berkenaan Imam Mahdi tidak siqah (tidak terpercaya).
Turut terdapat banyak kekeliruan dan pertentangan dalam riwayat-riwayat yang dikaitkan dengan kemunculannya. Maka, naskhah ini akan membongkarkan jawapan atas segala persoalan tersebut agar kita dapat memahami perbahasan dan perselisihan mengenai kedatangan Imam Mahdi.