Description
MENIKMATI hidangan yang sama boleh membuatkan kita jemu. Kerana itu sesekali cuba menukar selera apa salahnya. Yang penting makanan itu haruslah lazat, berkhasiat dan berkat sehingga membuatkan kita teruja mahu menikmatinya. Buku ini dapat membantu anda memberi idea masakan yang lebih kreatif untuk dihidangkan kepada keluarga dan tetamu. Tambatlah hati mereka dengan resipi-resipi baru yang lebih mudah dan pasti sedap!
Istimewanya, penulis mengolah setiap resipi dengan lebih kreatif yang mana semua hidangan itu diilhamkan berdasarkan makanan sunah yang menjadi kegemaran Rasulullah SAW. Antaranya seperti kurma, tin, zaitun, delima, anggur dan banyak lagi. Buku ini mengandungi 111 aneka hidangan merangkumi nasi, lauk-pauk, sayuran, spageti, pasta, kek, puding, agar-agar, minuman dan sebagainya. Ia lengkap sebagai satu pakej resipi setiap hari untuk hidangan seisi keluarga. Berbaloi anda berbelanja memiliki buku ini dengan mencuba resipi-resipi yang disediakan.