Description
Danial, Nurul Hazwani, Rajesh dan Ah Guan menaiki bot dari Pengkalan Batu menuju ke Lubuk Neraka. Tujuan mereka hanyalah untuk memancing udang. Muzafar pula terpaksa membantu Tok Man menoreh getah.
Danial, Nurul Hazwani, Rajesh dan Ah Guan menaiki bot dari Pengkalan Batu menuju ke Lubuk Neraka. Tujuan mereka hanyalah untuk memancing udang. Muzafar pula terpaksa membantu Tok Man menoreh getah.
"Apa bahaya? Helo! helo! Helo!" Rajesh cuba mengulang suaranya, "Terputus," dia memandang Danial.
Semua menjadi cemas. Siapa sangka akhirnya, Nurul Hazwani terpisah. Danial, Ah Guan dan Rajesh ditawan penjahat.
"Budak-budak ni aku dah beri mereka ubat tidur dalam minuman dan makanan mereka. Paling kurang 8 jam barulah mereka sedar. Semua sudah dimasukkan dalam keranda tu. Sempatlah untuk bawa ke seberang dan jual mereka," kata Jack.
"Hah, abang Danial, Rajesh dan Ah Guan dalam keranda? Apakah mereka sudah mati? Macam mana ni? Macam mana nak selamatkan diri?" bisik Nurul Hazwani yang mengintai dari luar pondok.
Apakah yang berlaku seterusnya? Ketahui kisah lima sekawan iaitu Danial, Nurul Hazwani, Rajesh dan Muzafar menghadapi peristiwa penuh dramatik sewaktu cuti sekolah.