Description
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Maya dengan Izzaz, seorang pilot berpangkat kapten telah mengubah hidup gadis itu. Izzaz membantu Maya menyelesaikan hutang kawan baiknya. Namun sebagai balasan Maya perlu menyamar menjadi adik kepada lelaki itu yang hilang sejak kecil. Tetapi izzaz segera sedar akan kesilapannya. Dia mula jatuh cinta dan ingin menjadikan Maya sebagai isterinya. Malangnya, Maya mengetahui agenda sebenar lelaki itu mendekatinya adalah kerana dendam. Izzaz nekad mahu mendapatkan cinta Maya walaupun dia tahu cara yang digunakannya itu akan membuatkan dirinya dibenci. Akhirnya kesabaran Izzaz membuatkan Maya mula jatuh sayang.
Kau tak rasa beruntung ke bila aku pilih kau? Dah lah aku ni handsome, kerja pilot, ada duit dan paling penting aku ada senyuman yang paling menawan. Kalau dapat anak dengan aku confirm comel habis. Kau tak sudi?~ Izzaz.
Jujur saya akui... saya sebenarnya sangat takut untuk menjadi isteri awak. Awak tak rasa macam tu ke bila kita akan berkahwin tanpa rasa cinta?~ Maya.
Namun sifat cemburu Izzaz telah membuatkan rumahtangga mereka mula goyah. Dapatkah cinta di antara mereka mengatasi dugaan yang datang melanda. Adakah Izzaz akan kembali menyerahkan kepercayaannya terhadap Maya?
Penulis: Dea Zoraya ISBN: 978-967-86-0812-1 Mukasurat: 480