Description
Hanya kerana hati tidak reda, aku terpaksa melalui kehidupan penuh kelam...
Nayli yang tiba-tiba hilang ingatan terpinga-pinga apabila diculik oleh seorang pemuda bernama Adrian. Lelaki bengis itu menuduhnya telah mencuri beg yang boleh menyelamatkan nyawa lelaki itu.
Setelah disingkirkan sebagai ahli lembaga pengarah, Adrian semakin tersepit bila Puan Serina mahu menjual resort yang menjadi kenangan Adrian bersama arwah mamanya.
Tersepit dengan keadaan itu, Adrian memerangkap Nayli kepada sebuah pertunangan. Tetapi perasaan lain pula yang muncul. Kelembutan dan kebaikan Nayli menyebabkan Adrian serba salah untuk menyakiti gadis itu.
Bila tidak dapat bertemu dengan Nayli, Adrian mula terkapai-kapai membawa rasa aneh di hati. Dan sejak itu dia mula menjadi pengunjung setia hospital tempat Nayli bekerja.
"Kau yang mulakan permainan ni. This time...I'll make sure that I will win this games and you will regret for challenging me." - Adrian.
Apa tujuan sebenar awak nak kahwin dengan saya? Apa permainan awak sebenarnya? -Nayli
PENULIS: Rabihah Nur Ridhuan
HALAMAN: 480