Description
Cakap Biar Serupa Bikin merupakan sambungan kepada buku pertama penulis, Basikal Karat. Jika dahulu, Basikal Karat memaparkan kisah-kisah yang memberi motivasi buat anak muda biasa untuk mula berdakwah kepada sesiapa sahaja, tanpa menunggu ilmu penuh di dada. Kini, Cakap Biar Serupa Bikin tampil untuk menggilap daie muda ini supaya sentiasa menjadi qudwah (teladan) terbaik dan berusaha melakukan apa yang telah didakwahkan. Barulah, ‘cakap serupa bikin.’