Description
Aisyah (Cah) gadis blur hanya ada Akil dari kecil sehingga dewasa. Terutama setelah Tok Chik meninggal dunia. Akil sentiasa ada untuk melindungi dirinya. Cah sudah lama merindui kakaknya, Aireen.
Tapi Aireen lebih percayakan kawan baiknya, Rilda dan tunangnya, Annas daripada Cah. Walaupun Cah telah cuba beberapa kali untuk beritahu Aireen tentang kecurangan Annas dengan Rilda, Aireen tetap tidak mahu mendengarnya. Dia percaya Cah hanya cemburu. Tapi pada hari pernikahannya, barulah Aireen sedar bahawa Cah tidak berbohong.
Cah hanya sedar tentang perasaannya kepada Akil bila Akil menjauh selama 6 bulan. Bagaimana harus Cah beritahu tentang perasaannya pada Akil? Atau Akil yang patut mulakan dulu? Kerana Cah memang selama ini blur. Apa pengakhiran cerita mereka? Bagaimana pula dengan Aireen? Adakah dia dengan Cah akan berbaik semula?
(Goodreads - Intan Musa)
ISBN: 978-967-86-0887-9
HALAMAN: 448
KELUARAN: OCT 2018
PENULIS: LIZA NUR